Thursday, July 14, 2011

Akhirnya Selesai.........

Assalamualaikum w.r.t

Hari ni Te-Yan rasa happy sebab projek OpenOffice berjaya disiapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pasukan pembangun Ain Aryna, Nina dan Aisah di atas kesungguhan mereka sehingga projek ini selesai. Memang satu tugasan yang berat apabila diminta oleh pihak jabatan supaya sekolah kami dikehendaki menyertai pertandingan OpenOffice Peringkat Kebangsaan. Dengan kekangan masa,sudah tentulah hasrat di hati Te-Yan ingin menolak sahaja. Tetapi Te-Yan cuba juga untuk menyertai pertandingan ini. 

Dalam tempoh seminggu ini pasukan pembangun berkampung di makmal komputer sekolah bagi memastikan projek dapat dihantar dalam masa yang ditetapkan. Penghantaran projek juga bukan secara hardcopy, tetapi perlu meng "upload" tugasan ke server yang telah disediakan oleh pihak KPM.

Fuhhhhhhh....dah lah kami semua tak pernah menggunakan perisian ini. Kena ambil masa untuk explore Impress, Writer, Calc, Base and Draw yang mesti digunakan dalam projek ini. 

Berpinar mata buat slaid guna Impress..!!!!!
Penat tangan menaip guna Writer....!!!!!
Mati akal nak buat graf guna Calc...!!!!!
Berasap kepala fikir coding dalam Base...!!!!!

Waaaaaaaaa.....rasa mau nangis bila kena buat benda yang sama berulang kali. Mana taknya, time tu juga buat. Time tu juga explore. Nasib berkampung di makmal. Jadi seminggu nie makmal komputer itu adalah MILIK KAMI...!!!!!!!!

Tapi segalanya selesai pada hari ini. Cuma tinggal buat kemasan sahaja di Writer. Insya Allah petang ini akan cuba upload dalam server KPM. Harapnya tiada masalah untuk upload pula memandangkan penyertaan adalah seluruh Malaysia. Tidak mustahil kalau server JAM atau HANG..
*Aishah kusyuk buat Impress. 15 Slides keseluruhan. Berpinau mata*

Aryna dan Nina perlu siapkan sistem guna Base. 1st time tau tengok software neh....Tapi fucntion lebih kurang sama dengan Access. Cuma lebih leceh sikit. 

*Inilah pasukan pembangun nya. Kalau menang ada peluang kita pergi Terengganu*
Moral : Bukan kemenangan diharapkan, tetapi pengalaman yang dicari.

2 comments:

hari ini & esok lebih baik dari semalam....... said...

tahniah kak yan.. dlm dok kalut pn siap gak..

Te-Yan said...

Tenkiu hazmira..Memang la tak cukup kakitangan dengan kekangan masa lagi...tapi sebab mahu mencuba dan harapan orang yang mengharapkan kita, jadi perjuangan diteruskan. Lepas nie akan sibuk pula dengan pertandingan blog dan montaj mps sepang tu pulak..huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...