Sunday, July 03, 2011

Te-Yan Kenal Mereka (Part 4) - 5ICT 2008

Assalamualaikum w.r.t 
udin, shida, moja, echa, wani, mira, adek, basyir, arip, idah, may,ardi, reha, syazwan, yazid, amira, dhari, didy

Kali ini Te-Yan sambung kembali episod Te-Yan Kenal Mereka (Part 4). *Mereka* yang Te-Yan maksudkan itu ialah bekas pelajar 5 ICT tahun 2007/2008. Mereka merupakan batch pertama pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT sebagai subjek elektif. Waktu ini Te-Yan masih mengajar di SEMESRA. 

Banyak kenangan suka duka kami bersama. Inilah batch pertama yang bakal membuktikan keupayaan mereka dalam mata pelajaran ICT pada ketika itu. Dan juga menguji keupayaan Te-Yan dalam membuktikan pencapaian adalah 100% memandangkan pertama kali subjek ini ditawarkan. 

Te-Yan amat bangga dengan mereka kerana hasil yang dicapai dalam  keputusan SPM 2008 adalah 100% dan 5 orang daripada mereka telah mencapai keputusan gred A dan A-. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan memandangkan pelbagai kisah pahit manis yang kami semua tempuhi. 

Mereka jugalah yang menyimpan memori indah. Gelak ketawa dalam kelas. 18 orang pelajar, maka 18 juga ragam  mereka.  Tetapi Te-Yan amat bangga dengan mereka sebab walaupun tinggal di kampung, tetapi pengetahuan mereka dalam bidang ICT amat menakjubkan. Sangat meminati bidang ini. Sanggup bawa laptop dan PC sendiri ke sekolah. Mereka juga tidak serik dikenakan kelas *tahanan* hingga ke petang untuk menyiapkan tugasan pentaksiran. 

Hasilnya, kebanyakan mereka telah menyambung pelajaran ke universiti, politeknik dan kolej. Dan kebanyakannya masih meneruskan perjuangan dalam bidang ICT.Walau di mana pun mereka menyambung pelajaran, yang pasti ilmu yang diperoleh di sekolah menjadi titik tolak kehidupan mereka di kampus. 

Buat semua bekas pelajar 5 ICT 2008- SEMESRA, tece doakan semoga kamu semua berjaya dalam kehidupan di kampus. Ikhlaskan diri belajar kerana Allah. Insya Allah pasti diberkati olehNya. Tece rindukan kamu semua. Suka dan duka kita bersama, akan terus tersemat di hati. Insya Allah kalau ada rezeki kita buat reunion.

Moral : Usaha Tangga Kejayaan


2 comments:

ninynokakashichi said...

tq tece , rindukan tece juge :D

Inchek Hafiz said...

woooossshhhh.... terima kasih kepada cikgu yang telah ajar saya ICT masa sekolah dulu, sekarang saya da jumpa bidang saya. biarlah pe orang kata kos Sains Komputer ni sudah ramai graduan tapi saya tak kesah sebab kalau amik kos lain mungkin saya tak leh score kat subjek-subjek yang di tawarkan.. sebabnya, dalam banyak-banyak subjek diajar, subjek berkaitan programming je saya senang tangkap.. math, networking, smua hancur.. tapi programming, tidak ada masalah bagi saya.. moge cikgu sukses selalu.. cewah ayat skema.. haha.. XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...