Setiap hari bila mendengar anakku Muhammad Izz Firdaus melagukan kalimah Asma'ul Husna dan berzikir dengan kalimah Asma'ul Husna selepas dia menunaikan solat fardhu, hati terasa sayu. Rasa bangga dan bersyukur dengan anak yang boleh menghafal Asma'ul Husna.
Sama-samalah kita menghayati fadilat zikir Asma'ul Husna. Mudah-mudahan dengan berzikir hidup kita akan mendapat keberkatan dari Allah. Amin...
No comments:
Post a Comment