Assalamualaikum w.r.t
Inilah Si Kecil @ Kajol @ Izzah..buah hati Te-Yan |
Ketika post ini ditulis, Te-Yan berada di wad Hospital Annur Bangi. Si kecil, Kajol kena tahan di wad disebabkan jangkitan di tangan kanannya. Kajol kena demam campak. Berjangkit daripada abangnya. Tapi tidak sangka pula sehingga teruk kesannya pada si kecil. Bila difikirkan semula, adakah Te-Yan yang bersalah..?
Sejak Kajol kena demam campak Khamis lepas, Te-Yan tidak ambil cuti memandangkan cuti yang tinggal sedikit. Rasanya sejak bulan 4 hingga 7 nie dah banyak cuti yang Te-Yan ambil. Macam-macam yang berlaku. Jadi bila si kecil ini sakit pula, terpaksa Te-Yan lupakan hasrat ambil cuti. Terpaksa Te-Yan usung si kecil ke sekolah pagi sampai petang. Kesian si kecil. Tetapi si kecil tidak merungut, malah seronok melayan gelagatnya di sekolah. Yang tak sanggupnya bila si kecil minta didukung sepanjang masa di sekolah. Waaaaaahhhh, semput juga Te-Yan mendukungnya. Naik bukit, turun bukit, naik tangga turun tangga dengan mendukung si kecil. Sampai satu tahap, angin juga Te-Yan dengan si kecil. Tetapi memandangkan keadaan si kecil yang tidak sihat, kesian pula. Itu lah masa si kecil nak bermanja dengan Te-Yan.
Tiga hari selepas demam campak, si kecil mengadu tangan kanannya sakit. Tapi Te-Yan cuma sapukan ubat sahaja. Esoknya baru nampak tangan kanannya membengkak, keras dan panas. Terdetik juga dalam hati " kena sengat dengan sesuatu kah ?". Manalah tahu kan sebab Te-Yan ada bawa si kecil ke padang sekolah. Pagi Ahad Te-Yan bawa si kecil berjumpa doktor. Kata doktor tangan si kecil kena infection seperti gigitan serangga. Doktor bagi ubat antibiotik dan kurangkan bengkak. Tapi doktor sudah maklumkan kalau bengkak tidak surut juga harus bawa si kecil berjumpa doktor pakar.
Hari Selasa, semasa Te-Yan bercakap di telefon,tiba-tiba si kecil menangis. Ya Allah mengucap Te-Yan bila melihat hidung si kecil mengalir darah menitis-nitis. Te-Yan panik seketika dan cuma menangis. Fikiran buntu. Tapi Te-Yan letakkan ais di kepala si kecil. Sempat juga bertanya kawan-kawan di facebook. Masing-masng mmberikan petua. Alhamdulllah bila di letakkan ais, hidung si kecil tidak berdarah lagi.
Hari Khamis si kecil mengadu tangan kanannya sakit. Rasa tidak sedap hati. Petangnya Te-Yan bawa si kecil jumpa pakar. Terus doktor beritahu, kena admit. Terkedu Te-Yan. Doktor kata tak boleh tangguh sebab bahaya. Tangan si kecl terkena jangkitan disebabkan oleh virus demam campak tu. Tangan si kecil seakan terbakar dan mengelupas sehingga ke kuku jarinya. Doktor kata jika jangkitan hanya di bawah kulit,si kecil kena tahan di wad 4 hari sahaja.Tetapi sekiranya jangkitan hingga ke tulang, si kecil harus ditahan sehingga 6 minggu.Astaghfirullah. Rasa bersalah tiba-tiba menyelinap di hati. Kalaulah Te-Yan tdak membawa si kecil ke sekolah, pasti ini tidak akan berlaku. Tapi kalau tidak dibawa ke sekolah, siapa pula nak menjaga si kecil. Ayahnya outstation.Tidak boleh hantar ke taska. Takut berjangKit dengan yang lain. Cuti pun dah nak habis. Jalan terakhir memang terpaksa bawa si kecil ke sekolah. Tetapi tidak sangka pula sampai begini jadinya.
Sekarang si kecil masih di hospital. Alhamdulillah,jangkitannya hanya di bawah kulit sahaja. Syukur padaMu Ya Allah kerana menyelamatkan si kecilku ini. Hari ini si kecil nampak ceria.Bengkak di tangannya juga sudah surut. Tangan sudah boleh diluruskan sedikit. Alhamdulillah. Mudah-mudahan si kecil sembuh dengan cepat. Mama sayang Izzah.
Terima kasih kepada teman-teman yang mendoakan kesihatan si kecil.
Moral : Elakkan membuat sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anak-anak anda.
No comments:
Post a Comment