Kali ini Te-Yan masih mahu bercerita keadaan si kecil ini. Semasa post ini ditulis, sudah tiga hari si kecil ini ditahan di wad. Keadaan si kecil amat memberangsangkan. Sudah tidak demam. Sangat aktif dan kuat makan. Tangan kanan si kecil yang agak bengkak sudah semakin surut. Kulit juga sudah mengelupas. Cuma ada bengkak kecil yang agak keras.
Pagi tadi doktor sudah datang memeriksa si kecil. Cuma ada satu perkara yang agak merisaukan Te-Yan bila doktor kata, si kecil perlu dapatkan perhatian dari doktor pakar tulang. Ini kerana bengkak kecil di tangannya itu, takut mengandungi nanah. Doktor pakar tulang datang dan memeriksa si kecil. Katanya tangan si kecil perlu di buat ultrasound untuk memastikan sama ada ada bernanah atau tidak. Sekiranya ada, tangan si kecil perlu menjalani pembedahan kecil. Ya Allah, beratnya dugaan yang Engkau berikan kepada si kecilku ini.
Jadi hari Isnin ini, si kecil akan dibawa ke KPJ Kajang untuk menjalani ujian ultrasound. Mudah-mudahan semuanya berada dalam keadaan yang baik dan dipermudahkan oleh Allah. Aku redha dengan ujian-Mu. Semoga si kecilku cepat sembuh.
Moral : Allah tidak akan menguji hambaNya yang tidak boleh menerima ujianNya.
No comments:
Post a Comment