Wednesday, July 13, 2011

Tahniah Acu......

Assalamualaikum w.r.t

Sewaktu Te-Yan menulis entri terbaru ini, Te-Yan berada di makmal komputer sekolah. Ada tugasan OpenOffice yang perlu disiapkan oleh pasukan ICT sekolah. Sedang Te-Yan khusyuk membuat kerja, tiba-tiba pintu makmal dibuka. Ingatkan siapa. Rupanya Angah dan Acu yang datang. Hmmm agak kepelikan sebab tadi rasanya berselisih di parkir, nampak mereka dah balik pun. Pagi tadi Te-Yan dapat tahu pembentangan R&D mereka dibawa ke sebelah pagi. Rupanya ada sebab mereka jumpa Te-Yan. Sebab apa..? Rahsia Te-Yan dan mereka. 

Okey, berbalik semula kepada tajuk entri kali ini, khas ditujukan buat Acu. Te-Yan ucapkan setinggi tahniah kepada Acu dan rakan sekumpulan di atas kemenangan mereka semasa pembentangan R&D mereka. Wahhhh hebatnya kumpulan Acu. Te-Yan tak tengok pun pembentangan mereka sebab mereka aliran lain. Mesti bersemangat semasa pembentangan tadi kan. Tadi di makmal Acu tunjukkan laporan yang dibuat. Wahhh kemasnya laporan kajian. Memang patutlah boleh menang. Tahniah sekali lagi. Semoga apa yang diperoleh hari ini akan menjadi pembakar semangat untuk kejayaan yang seterusnya. 

Tahniah Acu. Jadikan ini sebagai pembakar semangat dalam mencari ilmu.
Buat Angah pula jangan berputus asa. Bukan kemenangan yang dicari tetapi kepuasan dalam menghasilkan tugasan dan ilmu yang ingin kita sampaikan. Macam-macam insiden jadi kan. Fail corrupt. Masa sudah suntuk.  Jadi semestinya kita tidak akan hasilkan seperti yang dikehendaki. Ada hikmah di sebaliknya.Tapi mungkin boleh menang untuk kategori ICT kot. Ada kelainan dalam slaid persembahan sebab Angah bagitahu ada masukkan video dan rakaman suara. Hebat. Tak sangka juga Angah boleh buat recording macam tu. Tahniah.

Jangan putus asa Angah. Kejayaan ada di mana-mana sahaja. Yang penting usaha.

Itulah kisah mereka. Kesungguhan yang ada dalam diri itu yang paling berharga.

Moral: Selagi kita tidak berputus asa, kejayaan pasti menanti kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...