Tuesday, July 12, 2011

Kisah 3 Remaja Ribena

Assalamualaikum w.r.t

Agak kepeningan Te-Yan malam nie bila mengadap perisian OpenOffice yang tak pernah Te-Yan guna pun. 15 Julai nie dah HARUS upload dalam server. Waaaaaa.....progress baru 30%. Mananya nak explore. Mananya nak cari bahan. Mananya nak guna. Haishhhhhhh....nasib baik dapat calon-calon yang agak excited nak masuk pertandingan ni. Nama aje cikgu ICT, tapi takda nya sempat masa nak explore dan gunakan perisian yang dah macam-macam sekarang nie. Yang ada dalam lappy ni pun belum habis explore lagi. Jadi untuk melegakan mata yang dah *blink-blink* nie, Te-Yan nak masukkan lah post terbaru. Kali ini nak cerita pasal apa pula ye.? Hmmm dua tiga post yang lepas lebih banyak post yang sedih-sedih. Jadi kali ini kita ceria-ceria kan hidup pula. Agak pelik topik kali ini.

 *Kisah 3 Remaja Ribena*..? 

Apa pulak ni ye ? Selalu dengar *Kanak-kanak Ribena * sahaja. Tidak mengapa. Jom kita baca seterusnya.Hehehe sebenarnya, Te-Yan nak upload gambar budak-budak ni ha. 
*Angah, Acu , Adik..susah benar nak dapat gambar bertiga...dan akhirnya dapat juga.*

Gambar ketika mereka berhempas pulas menyiapkan tugasan SENIOR PAGE yang akan dimasukkan dalam majalah sekolah. Te-Yan dah bagi dateline lama dah, tapi kelas Angah dan Acu nie aje yang tak siap-siap lagi. Tapi mereka nie bersungguh-sungguh nak belajar pasal Photoshop. Jadi Te-Yan pun seronok lah nak mengajar bila ada pelajar yang betul-betul berminat dengan bidang grafik nie. Sebab, Te-Yan sangat lah OBSES dengan bidang grafik. Jom lihat gelagat mereka....



* Hahaha...ni apahal pulak ye..nak melepaskan tension lah tu....*

* Acu pegang bateri lappy dia. Angah tengok si adik buat kerja. Adik memang susah nak bergambar. *

Tapi  yang pastinya Angah dan Acu amat JELES bila kelas-kelas lain dah siap. Kelas Si Adik pun dah siap. Gempak kelas Adik buat grafik tu. So Angah dan Acu mencari idea nak menghasilkan Senior Page paling gempak juga. Nak buat cemana kan. Kelas-kelas lain tu dah ada yang amat EXPERT dengan Photoshop tu. Jadi mereka tiada masalah hantar on-time. Tapi Angah dan Acu tiada kepakaran dalam bidang ini. Jadi apabila mereka minta tunjuk ajar, Te-Yan dengan ikhlas hati mencurahkan ilmu yang ada. Dan akhirnya mereka berdua dapat menghasilkan SENIOR PAGE yang cantik. Tahniah. Kesungguhan mereka berdua yang Te-Yan suka sangat. 

* Acu yang fotogenik. Amik la gambar cemana pun. Memang dia ada style. Boleh jadi model lah lepas nie.*

* Hahaha ini lah post paling istimewa. Muka siapa yang lebih gangster..? Orang yang menumbuk atau orang yang bakal ditumbuk?*


Angah, Acu dan Adik. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Maaflah kalau selama dua bulan ni buat korang bertiga agak SUFFER. Sengsara mengejar dateline (Angah dan Acu). Dan sengsara mengejar mereka yang masih tidak hantar (Tugas Adik sebagai Ketua Editor). Jadi sekarang semua dah siap. Jadi bolehlah ,

ENJOYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY !!!!!!!!!!!!

Moral: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya, di situ juga nampak hasilnya.

1 comment:

Meow Aizawa said...

waaahhhh menapa harus ada gambar single ituuuu...hahhaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...