Untuk renungan kita bersama:
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa BUMI setiap hari berkata :
Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, dan kamu akan disiksa di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu bergurau di atasku, dan kamu akan menangis di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu makan barang yang haram di atasku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu bersuka ria di atasku, dan kamu akan merasa susah sengsara di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu mengumpulkan barang-barang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu bersikap sombong di atasku, tetapi kamu akan menjadi hina dan keji di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu berjalan dengan bersuka ria di atasku, tetapi kamu akan bersedih dan sengsara di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu berjalan dalam sinaran cahaya menerang di atasku, tetapi kamu akan tinggal dalam kegelapan gelap gelita di dalam perutku.
Wahai anak Adam, kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tetapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam.
Apakah yang dimaksudkan oleh bumi dengan DI DALAM PERUTKU..?
Jawapannya ada di sini
ALAM KUBUR adalah PERUTKU yang dikatakan oleh bumi setiap hari. Renungkanlah amal ibadat kita selama ini.
Moral : Dunia ini hanya sementara. Perginya kita kepada Maha Pencipta adalah PASTI.
No comments:
Post a Comment